Monday, February 1, 2010

DEMOKRASI DI IRAQ - SYARAT DINAR NAIK

Keamanan dan kestabilan politik dalam negara merupakan salah satu syarat kemajuan ekonomi. Rakyat hanya akan puas hati jika mereka sendiri yang menentukan pimpinan negara mereka sendiri.

Di Iraq, selepas kejatuhan dan kematian Saddam Husein, maka sistem demokrasi telah diperkenalkan dalam memilih teraju pimpinan negaranya. Jika proses ini berjalan terus dan anggota pasukan keselamatan dapat mengawal keamanan dengan baik, Iraq merupakan salah sebuah sebuah negara demokrasi seperti Iran di Timur Tengah. Hampir keseluruhan negara Timur Tengah masih berasaskan sistem berraja(monarki) yang rakyatnya tidak ada pilihan dan hak dalam menentukan pimpinan dan dasar negara.

Seperti negara Eropah dan Asia yang lain, negara-negara di Timur Tengah perlu berubah ke sistem demokrasi tulin supaya ianya memberi faedah kepada rakyat secara langsung. Iran dan Iraq di lihat sebagai perintis kepada sebuah negara demokrasi pilihan rakyat di Timur Tengah. Dengan adanya sumber ekonomi minyak dan gas - kedua-dua negara ini dilihat akan lebih kedepan berbanding dengan negara-negara lain di Timur Tengah.

Amalan demokrasi di Iraq akan melahirkan keamanan dan kestabilan politik - sekaligus meningkatkan nilai dinar seperti sebelum 2003 - RM 1.00 bagi setiap dinar. Tunggulah saatnya seperti mana yang diramal dan diyakini oleh para pemerhati dan penganlisis ekonomi dunia.

No comments:

Post a Comment