Monday, February 1, 2010

POTENSI DINAR

Terdapat peristiwa yang berlaku dalam masa 3 kali sahaja dalam sejarah moden. Dan SEKARANG ia terjadi sekali lagi dan sekaligus membuka peluang keemasan kepada institusi2 kewangan terbesar di dunia serta golongan berpengaruh untuk menghasilkan berjuta mahupun beribu2 juta usd, dan kita juga mampu meraihnya… Peluang ini mungkin singgah sekejap sahaja jadi saya nasihatkan anda jangan sia2kan peluang ini.

Pada penghujung perang dunia kedua, nilai mata wang jerman dan rusia menjunam seolah-olah tiada beharga pun. Sama juga seperti apa yang terjadi kepada Kuwait selepas Perang Teluk. jika anda beli pada masa nilai mata wang ini sedang menjunam teruk dan menjualnya selepas negara tersebut mencapai kestabilan politik dan ekonomi.

Dan ia berlaku lagi sekarang di IRAQ, anda boleh membeli dinar Iraq ketika harganya sangat murah ini. Anda layak membeli berjuta dinar iraq dengan bermodalkan kurang dari seribu ringgit USD.

Dollar Amerika dijadikan sumber rujukan kerana Bank Dunia mengisytiharkan US Dollar sebagai timbang tara mata wang antarabangsa berdasarkan kestabilan ekonomi negara tersebut. Pada masa sekarang tiada pemerintahan berpusat di Iraq sejak kejatuhan Saddam Hussein dan akan berlarutan sehinggalah parlimen Iraq dapat membangunkan semula Iraq di mana sekarang mereka sedang berusaha keras ke arah itu. (Mereka akan mengadakan program mengundi istimewa pada 15 oktober untuk melanjutkan proses ini) Dalam tahun 2002, sebelum berlakunya konflik di Iraq, dinar iraq mempunyai nilai menyamai $0.32 US! Dengan kata lain kalau anda mempunyai 100,000 Dinar, anda boleh tunaikan menjadi lebih 32,000 Dollars dalam mata wang US!!! Walaupun dinar Iraq masih digunakan dalam urusan jual beli seharian di negara mereka tetapi nilainnya hanya sebahagian kecil dolar US. Majoriti pakar ekonomi percaya bahawa nilai matawang dinar akan naik sekurang kurangnya pada nilainya di tahun 2002.

Pasca Perang - satu saat yang ditunggu oleh semua pelabur. Pembangunan semula negara selepas perang terlalu rancak. Ianya melibatkan perbelanjaan negara yang besar - meliurkan ramai kontraktor dalam dan luar negara. Banyak negara yang melalui proses yang sama selepas perang misalnya Jepun, German dan Russia yang rancak pembangunannya.

Bagi sebuah negara pengeluar minyak seperti Iraq, soal kewangan untuk membiayai pembangunan semula negara tidak menjadi masalah. Dalam keadaan sekarang, Bank Negara Iraq telah menjual(melelong) dinarnya kepada bank asing berbiliion USD dan disambut dengan hangat kerana bank asing ini terlalu optimistik dengan dinar Iraq.

Bagi Bank asing membeli dinar Iraq merupakan salah satu potfolio pelaburan serta langkah mengadakan reserve dalam dana mereka sendiri. Apabila dinar ini naik nanti, mereka akan menggunakan dinar ini untuk pelaburan ke Iraq semula. Jika nilai dinar naik ke RM 1.00, pada hakikatnya kos pelaburan mereka ialah RM 0.10 sahaja kerana para pelabur itu telah membeli dan menyimpan dinarnya pada harga sekarang.

Jika kontraktor asing di Iraq dibayar dengan wang dinar Iraq, ini memberi makna bahawa nilai dinar Iraq berpotensi untuk terus naik dan nilainya dijamin oleh Bank Negara Iraq.

Suatu yang malang jika kontraktor asing menerima bayaran dalam matawang Iraq jika ekonomi Iraq tidak berpotensi untuk lebih maju dari sekarang.

Sebagai negara kedua paling banyak mengeluar gas dan minyak, Iraq menjadi idaman semua pelabur asing dan mempastikan lobi dibuat supaya Iraq perlu distabilkan.

Tidak hairanlah, ramai sekali pedagang Amerika telah membuka akaun bank di Iraq. Dan dalam ramai-ramai tu, saya juga turut membuka akaun bank di Iraq. Untung sabut timbul...ha ha ha

Kini, masa terbaik untuk membeli dan meyimpan dinar.

Paling jangan kata tak ada langsung -Beli 10,000 dinar - Hanya RM 200.00
Sederhana ?Beli 50,000 dinar - Hanya RM 1000.00.
Seorang usahawan duduk diam-diam? Beli 500,000 dinar - Hanya RM 10,000.00
Ke arah jutawan? Beli 1 juta dinar - Hanya RM 20,000.00

REAKSI DUNIA SEMASA TERHADAP DINAR IRAQ (DQ)

Terlebih dahulu saya terangkan senario semasa mengapa DQ tu sangat meletup-letup buat masa ini di seluruh dunia, terutama Amerika dan Israel.Mungkin anda tidak tahu atau terlepas pandang akan perkara ini.

Pertama sekali kita lihat contoh negara berperang selepas perang dunia ke-2 seperti Afghanistan, Kuwait, dan Syiria. Kesemua matawang negara berkenaan jatuh semasa mereka berperang. Tetapi setelah aman matawang negara berkenaan naik semula. Begitulah senario biasa terhadap matawang mana-mana negara yg berperang.

Tetapi matawang negara berkenaan tidak menarik mata dunia untuk dibeli kepentingannya, sebab simpanan kekayaan negara berkenaan tidak sebanyak kekayaan hasil bumi Iraq. Kelebihan matawang iraq sehingga menarik minat dunia untuk membeli kepentingannya adalah stok kekayaan iraq yang sangat tinggi dan amat banyak.

Stok kekayaan berkenaan dalam bentuk Minyak Mentah dan Gas Asli. Yg ini adalah fakta yg tidak boleh dinafikan iaitu Iraq adalah pengeluar minyak no.2 terbesar dunia dan pengeluar no.1 gas asli dunia. Dengan kekuatan fakta berkenaanlah HSBC sebuah bank terkenal di dunia telah membeli kepentingan matawang DQ sehingga sebanyak 70% buat masa ini.

Begitu juga senario semasa yg berlaku di kalangan rakyat Amerika dan Israel hari ini. Saban hari mereka membeli matawang iraq berpusu-pusu, dalam jumlah yg banyak. Purata seorang akan beli 1juta DQ seorang.

Apa pula kaitan minyak dan gas asli terhadap matawang DQ. Kaitannya adalah apabila Iraq aman, negara berkenaan akan segera membangun semula dengan membayar semua KOS pembangunan semula iraq dengan minyak dan gas asli yg tertanam dalam perut bumi iraq itu sendiri. Oleh itu pembangunan semula yang rancak akan menyebabkan matawang dinar iraq kembali pulih.

Lihat saja kekuatan Iraq membangun semula negaranya selepas PERANG TELUK dulu. Walaupun ketika itu kesan serangan Amerika agak teruk, tetapi dalam tempoh yang pantas Iraq dapat memulihkan semula negarannya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mengapa? ….sebab kekuatan matawang Iraq ketika itu berbanding Dollar yg sangat tinggi.

Walaupun apa pun kehancuran berlaku di Iraq dari segi harta benda, dengan mudah saja negara berkenaan dapat membayar semula semua harga pembangunan berkenaan walaupun harganya tinggi. Bagi mereka Kos semua harga pembangunan semula iraq macam duit celah-celah gigi saja. Sikitpun tak luak kekayaan negaranya akibat kesan serangan berkenaan.

Sebelum Iraq berperang, matawang Iraq lebih tinggi nilainya berbanding dollar. Dengan kata lain nilai dollar ketika itu macam nilai ringgit Malaysia hari ini berbanding dollar US. Nilai DQ ketika itu, hampir sama dengan POUND (GBP) menyebabkan Amerika cemburu dan berminat menakluk Iraq.

Sekarang impian Amerika menakluk Iraq dah tercapai. Mereka turut menghancurkan banyak kemudahan infrastruktur Iraq, supaya setelah aman merekalah nanti akan jadi RAJA pembekal, pembina, jurutera dan segala-galanya kepada semua bahan, peralatan dan perancangan kepada pembangunan semula iraq. Dapat untung lagi dan lagi dan lagi dan lagi …..banyak. Fuh la mak!!!! Kaya sungguh Amerika lepas ni berbanding negara lain. Sebab tu Amerika dan sekutunya saja yang sanggup bekerjasama melanyak Iraq. Jika Iraq aman lepas ni, mereka lah akan menguasai semua kekayaan Iraq dalam semua hal.

Lihat saja negara Jepun, ia juga adalah salah satu sekutu Amerika yg beria-ia menghantar tenteranya ke Iraq. Tentera Jepun ke sana dihantar atas alasan membantu memulihkan keamanan Iraq. Tetapi sebenarnya ada maksud lain tersirat disebaliknya. Dengan penghantaran tentera mereka, bermakna mereka ada SAHAM sekali untuk sedut kekayaan Iraq. Saham berkenaan dalam bentuk hak projek pembangunan semula di samping hak ke atas bekalan minyak dan gas asli.

Kalau kita tengok negara Jepun, apa sumber yang dia ada? Semua bekalan sumber bahan mentah harap orang lain bekalkan. Sebab tu dia terpaksa keluar berperang zaman perang dunia ke-2 dulu untuk cari sumber bahan mentah. Jadi selepas dapat banyak sumber kekayaan hasil dari menakluk negara lain ketika itu, negaranya menjadi kaya sekarang.

Tapi kini kekayaan berkenaan semakin susut akibat perubahan pengaruh ekonomi dunia semasa. Jadi untuk mempastikan Jepun terus bertahan kaya, mereka perlu sekali ikut Amerika untuk menyedut seberapa banyak kekayaan Negara Iraq yang sedia terbentang luas. Dengan kata lain mereka kini hanya tinggal setapak lagi untuk melombong kekayaan minyak Iraq.

PELUANG

Kita pula tidak berpeluang untuk buat macam Amerika dan Jepun serta sekutunya. Kalau ada peluang pun kita tidak sampai hati dan tak sanggup melihat kehancuran negara orang lain demi untuk memberi kekayaan kepada negara kita. Namun salah satu peluang untuk kita dapat kongsi hasil kekayaan Iraq adalah dengan membeli kepentingan matawang Iraq. Matawangnya sekarang jatuh sangat rendah sehingga 0.0001 mata berbanding USD. Lebih rendah dari RUPIAH.

Jika kita membeli wang iraq ketika ini bukan saja untuk tumpang mendapat tuah dari segi untung akibat kenaikan nilai wang berkenaan selepas iraq kembali aman, tetapi sebagai TANGGUNGJAWAB untuk mengelakkan kekayaan negara berkenaan dari pada menjadi 100% milik penakluk seperti Amerika dan sekutunya.

Dengan kata lain jika kita membeli kepentingan DQ sekarang bermakna sedikit sebanyak kita dapat MENYELAMATKAN hasil kekayaan Iraq dalam bentuk KENAIKAN NILAI MATA WANG dari dikuasai sepenuhnya oleh negara penjahat berkenaan. Minyak dan gas aslinya kita tak dapatlah naik selamatkan. Cuma duitnya saja kita ada PELUANG.

MENCARI JAWAPAN

Tapi sebelum membeli wang berkenaan apa maklumat penting yang harus kita ketahui sebelum membuat keputusan membeli wang berkenaan. Pasti anda ingin tahu….kan. Dengan itu kita kembali kepada 10 soalan yg telah saya kemukakan tadi untuk mendapat jawapan kepada DQ yg meletup-letup tu.


MEMASTIKAN WANG TULEN

1. Anda boleh tahu sendiri apabila merasa & memegang sendiri DQ ini.

SEBAB DQ TAK LAKU BUAT MASA INI

2. Dinar Iraq sebenarnya tidak laku dalam pasaran semasa hari ini. Jika anda jual dengan mana-mana bank atau MC memang mereka tak beli. Puncanya ia terikat dengan sekatan ekonomi oleh PBB yg masih berkuat kuasa sekarang. Sebab itu dinar iraq tidak bernilai buat masa ini.

Hanya apabila PBB menarik semula sekatan ekonomi barulah dinar iraq akan bernilai semula sebab Bank Dunia akan membuka balik sekatan terhadap DQ. Setelah bebas sekatan dinar iraq akan laku kat mana-mana bank atau MC. Masa tu kalau anda jual semula DQ ia sudah mempunyai nilai. Tegasnya pihak yg bertanggung jawap untuk menentukan sama ada DQ laku semula atau tidak adalah PBB dan Bank Dunia, TETAPI bukan bergantung kepada keamanan Iraq semata-mata. Kalau nak naikkan matawang iraq tidak susuah, tarik saja sekatan ekonomi terhadap Iraq. Maka lakulah semula DQ tu.

Oleh itu terpulang lah kepada Amerika utk membuat keputusan dalam menentukan hal berkenaan sekatan ekonomi terhadap Iraq. Apa yang pasti lama- kelamaan PBB terpaksa juga membuka sekatan berkenaan sebab mereka ada kepentingan untuk berbuat demikian.

KESAN DQ JIKA NAIK SEMULA

3. Adakah dinar iraq pasti naik…ye! Sebab walau apapun terjadi Amerika dan PBB terpaksa memberi keamanan kepada Iraq. Amerika dan sekutunya mempunyai kepentingan untuk mengamankan Iraq. Kalau kita lihat perkembangan semasa, Donal Ramsfield ( setiausaha pertahanan Amerika ) kena letak jawatan sebab dia gagal dalam usaha mengamankan Iraq. Sekarang dah tukar setiausaha pertahanan baru.

Sebenarnya Amerika dalam keadaan tertekan sekarang. Kalau boleh mereka nak amankan Iraq esok atau secepat mungkin. Cuma perhitungan mereka agak lari dari perkiraan sebenar, sebab pertelingkahan kaum yg sangat teruk di Iraq, menghalang mereka untuk mengamankan Iraq secepat mungkin.

Buat masa ini tiada lain yg diharapkan Amerika melainkan mengamankan Iraq seberapa segera. Jika tidak Amerika akan rugi lagi banyak sebab terpaksa berbelanja besar untuk mengawal dan mengamankan Iraq. Dalam bijaknya Amerika ni ada juga bodohnya….kan.

Mereka ingat boleh masuk dan keluar dari Iraq macam mereka keluar dan masuk di Afghanistan dan Vietnam. Mereka lupa dengan kepelbagaian PUAK di Iraq yg sememangnya masing-masing ganas dan sanggup bunuh membunuh demi untuk kepentingan Puak sendiri. Yang ini Amerika terlepas hitung. Sebab itu mereka amat sakit kepala sekarang. Bila Iraq aman?... sya pun tak tau. Cuma cepat atau lambat Iraq akan aman juga akhirnya. Macam mana? Bila? Bagaimana? Kita tunggu saja lah.

JIKA IRAQ KEMBALI AMAN

Namun, jika keamanan masih tetap sukar DQ tetap juga boleh dinaikkan. Bagaimana ia berlaku?....apabila PBB menarik semula sekatan terhadap Iraq. Dengan sendirinya Bank Dunia menarik semula sekatan terhadap matawang Iraq. Cuma mungkin ia tak naik setinggi DQ sebelum perang. Tapi jika ia naik 0.01 sen saja, ia sudah menguntungkan. Kenapa?....cuba lihat ni.

Jika anda beli DQ$10,000 dengan Modal RM200 dan DQ naik USD0.01 sen saja, apa jadi dengan wang DQ anda, berapa anda untung???......

( DQ$10,000 x 0.01 sen = USD $100 )

Anda dapat untung 100 dollar hasil dari kenaikan 1 sen DQ. Jika tukar kepada RM lebih kurang RM340 kira ok la tu. Tapi itu jika naik 1 sen? Bagaimana jika dia naik USD0.30 sen atau naik semula macam nilai matawang Iraq sebelum perang 1 DQ=USD3.20

Nilai DQ lebih tinggi dari USD, itu anda kena ingat. Kita lihat dan kira berapa untung anda jika dia naik macam harga DQ normal sebelum perang.

Andai kata kenaikan DQ seperti persamaan ini ( DQ $1.00 = USD $ 1.00 )

Berapa anda untung?....Anda kira sendirilah?Jangan pengsan sudah..


Tukaran USD lebih tinggi berbanding RM ( USD 1.00 = RM 3.40 )

USD $10,000 x RM 3.40 = RM34,000

Jadi anda akan mendapat RM34,000 dengan modal RM200 …ia satu jumlah yang sangat banyak bagi seorang orang biasa yang tidak ada apa-apa perniagaan.

Fikirkanlah…….berapa banyak RM anda ada????

KESAN DQ JIKA MATAWANG BERTUKAR AKIBAT POLISI BARU PENTADBIR IRAQ

4. Persoalan berkenaan DQ yang dibeli tak laku akibat pertukaran polisi pentadbiran baru kerajaan Iraq juga turut membimbangkan. Tapi sebenarnya wang DQ yg terkini telahpun sedia ditukar kepada matawang BARU untuk bakal KERAJAAN BARU. DQ yg lama ada GAMBAR SADDAM, manakala WANG BARU untuk kerajaan baru TERKINI TIADA gambar saddam. Yg ini saya sendiri telah melihat wang berkenaan yg telah saya miliki dan menyimpannya.

Jadi bagi mereka yg telah sedia membeli DQ sebelum ini baik anda semak semula matawang berkenaan. Jika ia ada gambar Saddam bermakna DQ yang anda beli adalah DQ lama. Bagaimana nak tukar wang lama ke wang baru?....saya tak tau. Anda jumpalah dengan orang yg jual DQ kepada anda untuk mendapat penjelasan.

Cuma apa yg sya dapat jelaskan lepas ini semua berkenaan dengan wang baru yg tiada gambar saddam. Jika wang ini turut ditukar lagi kepada wang baru, ia cuma tukar secara one to one ( 1=1 ). Maksudnya anda tukar DQ$1.00 wang lama, anda akan dapat DQ$1.00 baru….itu saja.

Jika berlaku lagi pertukaran matawang sekarang kepada matawang baru, kerajaan Iraq akan umumkan. Cuma pertukaran wang saddam kepada wang baru terkini tak diumum sebab DQ masih dalam sekatan. Yg tau hanya orang Jordan dan sekitarnya saja, sebab DQ baru sekarang disimpan di Jordan.

Setelah Iraq aman nanti jika ada lagi pertukaran wang baru terkini, mereka akan umum bukan dalam negara Iraq saja tapi seluruh dunia akan diberi tahu melalui Bank Dunia. Oleh itu DQ yg anda beli tak mungkin jadi macam duit jepun tahun 50-an, yg tidak bernilai hari ini.

Duit Jepun cop daun pisang tu berbeza dengan DQ. Duit Jepun cop daun pisang tak laku sebab Negara Jepun tidak sekaya Iraq dari segi khazanah sumber bahan mentahnya dari dulu hingga kini. Jepun tiada stok minyak ke-2 terbesar dunia dan tiada simpanan gas asli no. 1 dunia. Sebab itu duit cop daun pisang Jepun sangat tak bernilai apa-apa. Tabur atas jalan raya pun orang tak nak.

Ingat lagi masa BNM ambil balik note RM500 dulu ( masa ekonomi gawat ). BNM buka saja umum dalam Malaysia polisi berkenaan tetapi seluruh dunia diberi pengumuman melalui Bank Dunia. Tujuannya supaya orang seluruh dunia tahu akan perubahan berkenaan. Sebab mungkin ada orang di negara lain yang telah memiliki note RM500. Jika ada, mereka tidak terlepas pandang dari memulangkannya semula note RM berkenaan kepada BNM.

Jadi jika anda ingin membeli DQ, belilah sebagai KOLEKSI matawang. Maksudnya sama seperti koleksi setem, koleksi sampul surat hari pertama, koleksi duit siling dan macam-macam lagi. Tapi anda koleksi dengan DQ ada PELUANG untung besar berbanding anda koleksi setem atau sampul surat hari pertama. Koleksi DQ bukan Hobi semata-mata tetapi sebagai satu PELABURAN YG MENGUNTUNGKAN anda.

PENUTUP

Kebarangkalian rugi apabila membeli DQ….MEMANG ADA…tapi tidak seteruk mana. Tapi jangan fikir negatif tentang rugi sebab jika untung macamana? Kalau anda rugi pun Cuma 1/100 sahaja….mengapa? Yang pasti ia akan aman dalam jangka waktu yang tidak lama lagi. Jika ia masih tak aman pun DQ tetap dapat dipulihkan nilainya apabila SEKATAN EKONOMI PBB ditarik balik. PBB tak ada hal nak tarik sekatan ekonomi sebab saddam dah kena hukum. Dengan kata lain kalau nak tarik balik sekatan Ekonomi sekarang ni, hari ini pun boleh. Tapi PBB tidak berbuat demikian sebab mungkin mereka nak tunggu setiausahan PBB lama pencen dan setiausaha baru pulak naik.

Kita tunggu sajalah…..semoga anda tidak ragu dengan DQ dan dapat membuat keputusan yang betul.

KESIMPULANNYA:

MILIKILAH DINAR IRAQ SEMENTARA STOK MASIH ADA..STOK ADALAH TERHAD! SIAPA CEPAT DIA DAPAT! JANGAN SAMPAI ANDA TAK MERASA LANGSUNG NANTI BILA DINAR IRAQ INI DIAPUNGKAN KELAK..WAL HAL ORANG LAIN DAPAT REZEKI TERPIJAK!!

3 comments:

  1. hy..saya nk tau lagi la pasal bnde nih...

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya tukar cmni -> Kebarangkalian untung apabila membeli DQ….MEMANG ADA…tapi tidak sebesar mana. Tapi jangan fikir negatif tentang untung sebab jika rugi macamana? :D

    ReplyDelete