Monday, February 1, 2010
DINAR BARU IRAQ
Dinar Baru Iraq adalah matawang sah untuk Iraq. Sebelum perang 1991, kadar tukaran rasmi adalah sekitar 1 Dinar = USD3.00. Nilai ini menjunam teruk apabila berlaku percerobohan 1991 dan sekatan ekonomi PBB. Sejak itu, nilai Dinar Iraq telah meningkat daripada masa terendah ID3000 = USD1.00 kepada ID1,400 hingga ID1,500 kebelakangan ini.Dinar Iraq yang lama dikeluarkan sebelum Oktober 2003 memaparkan imej Presiden Saddam Hussein. Kesan penyisihannya pada tahun 2003, Kerajaan Iraq membuat keputusan paparan umum wajah Saddam adalah dilarang. Sebagai langkah membangunkan ekonomi Iraq, Office for Reconstruction and Humanitarian Assistance mula mencetak duit 250 Dinar. Ketika ini gambar Saddam masih ada disamping “Gerombolan Kuda” 25 Dinar. Pada Oktober 2003, pentadbiran tentera penceroboh tajaan Amerika Syarikat meluluskan wang kertas baru yang merangkumi denominasi 50, 250, 1000, 5000,10000, dan 25000 Dinar. Denominasi 500 Dinar diperkenalkan pada Oktober 2004.Nilai 25 dan 100 Dinar dijangka akan muncul juga.Note baru ini cepat diterima pakai sebagai ganti kepada Dinar era Saddam. Dinar iraq baru ini lebih canggih, sukar diciplak berbanding duit era Saddam. Ia banyak ciri-ciri ketara dan tidak ketara yang hampir mustahil untuk diciplak. Dinar baru ini meyakinkan bahawa asas stabil kepada pertumbuhan dan masa depan ekonomi Iraq.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment