Friday, July 22, 2011

RV dah hampir kemuncaknya..












RV dah hampir kemuncaknya..Tunggu masa saja..


Insyaallah...Dah lama dah..Takkan lari gunung dikejar..
Makin ramai yang membeli dinar Iraq untuk cuba merubah kehidupan mereka. Pensyarah, ahli perniagaan, pekerja bank,cikgu,ustaz, pelajar IPT, kakitangan awam,pekerja swasta dan ramai lagi insan yang tidak mahu terlepas peluang seperti yang terjadi ke atas Dinar Kuwait dahulu..semuanya teruja memiliki dinar Iraq dan menunggu untuk bergelar jutawan. Satu je nasihat saya…bila dah kaya nanti, bagi yang muslim, gunakan kekayaan anda itu untuk hal-hal yang diredhai ALLAH..




Isu yang saya nak sentuh di sini ialah kunci paling besar dalam pengapungan Dinar Iraq ini. Bahasa mudahnya, apa kunci kepada Dinar Iraq RV (diapungkan)? Semua orang kata kuncinya adalah Amerika Syarikat. Bagi saya dan juga pandangan pakar ekonomi lain, kunci kepada
apungan Dinar Iraq ialah WTO itu sendiri. Keahlian Negara Iraq dalam Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa atau World Trade Organization dan bukannya faktor Amerika Syarikat itu sendiri.

Seperti yang kita ketahui, WTO merupakan badan yang bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian perdagangan antara negara-negara. Maksudnya badan ini mengawal perdagangan dan undang-undang perdagangan di antara negara-negara di dunia ini. Penghapusan cukai, tariff dan lain-lain sekatan, adalah termasuk dalam tugasan rasmi WTO ini. Malaysia sendiri sertai WTO pada tahun 1995 untuk mantapkan ekonomi negara dan ia terbukti telah catatkan pertumbuhan ekonomi paling tinggi pada tahun 1996.

Untuk sertai WTO ini, polisi kewangan sesebuah negara itu hendaklah perlu bersifat globalisasi. Salah satu cara globalnya negara itu, ia hendaklah memiliki pertukaran wang yang sah dan diakui. Matawang itu hendaklah diapungkan dan boleh ditukarkan dengan matawang lain. Takkanlah nak buat sistem barter (tukaran barang) dalam ekonomi global. Nak tak nak, kenalah apungkan matawang jika matawang sesebuah negara itu tak bernilai.

Macam Iraq, takkanlah negara mereka akan selama-lamanya memliki matawang yang rendah dan merugikan mereka. Sebab itulah negara Iraq nak sangat sertai pertubuhan WTO ini. Inilah kunci besarnya. Sebab jika negara Iraq sertai WTO ini, takkan ada negara akan beli minyaknya dengan harga murah. Sebab WTO akan aturkan untuk negara Iraq perolehi harga semasa bagi hasil minyak mereka. Juga dalam isu-isu perdagangan antarabangsa lain antaranya pelancongan dan trading. WTO akan bantu Iraq jika negara Iraq menjadi ahli dalam pertubuhan mereka.

Sebab itulah negara Iraq nak sertai WTO dan Iraq akan diterima MASUK selewatnya November 2012. Jadi langkah ke arah itu, maka dinar perlu diapungkan awal supanya ianya stabil sebelum November nanti. Takkan nak masuk pertubuhan antarabangsa dengan matawang yang terendah di dunia ini..lebih rendah dari Negara Surinam atau Lesotho di Afrika? Sekarang ni negara Iraq dah masuk fasa ke-3 untuk melobi menjadi anggota WTO. Parlimen Iraq sendiri meluluskan usul untuk sertai WTO ini, disamping Iraq mendapat sokongan kuat dari Amerika,China dan negara kuasa besar dunia yang lain..

Bahkan Iraq akan menghantar delegasi khas ke Magribi bulan ini untuk menyakinkan lagi WTO agar menerima mereka sebagai anggota tetap yang ke 148 (setakat ni dah ada 147 negara jadi anggota tetap WTO).

Bila RV?? Kita tunggu tahun 2012 nie. Insyaallah..ada berita gembira nanti.. Sebab itulah saya katakana kunci kepada RV Dinar Iraq ini..adalah WTO itu sendiri..."

Tawaran sempena Ramadhan..Beli IQD100,000 dengan harga RM1200.
Cepat sebelum stok kehabisan..Siapa Cepat Dia Dapat!!!

26 comments:

  1. wah................ayat akhir tu....sempat juga promosi cik hisyam.....hahaha...post menarik utk difikrkan....two thumbs up!!!!!

    ReplyDelete
  2. cnfirm ke tuan, iraq join wto nov ini. fakta kuat ke tuan,

    ReplyDelete
  3. dah lama dah dok tunggu, 2006 lagi wehhh

    ReplyDelete
  4. ade tak bukti2 kukuh pasal ni. link kenyataan akhbar ke. bole x masukkan skali?

    ReplyDelete
  5. penat aku menunggu x rv gak,,
    pusing2 admin cakap Bila RV?? Kita tunggu tahun 2012 nie. Insyaallah..ada berita gembira nanti.. Sebab itulah saya katakana kunci kepada RV Dinar Iraq ini..adalah WTO itu sendiri..."lepas tu 2013 pastu 2014,2015 pastu promot iqd

    Tawaran hebat..Beli IQD100,000 dengan harga RM1200.
    Cepat sebelum stok kehabisan..Siapa Cepat Dia Dapat!!!
    kalau betul dah nak rv kenapa admin jual iqd lagi,org gila pon x buat cam ni kalau dah nak rv siap prmosi lagi iqd hahahaha...
    kalau cam ni admin lah yg kaya dulu kita semua masuk angin keluar asap,
    admin bagi info tentang rv x ada apa2 bukti main hembus jek cakap, admin pedulik apa yg pending iqd laris di jual tol x admin apa yg saya cakapkan???

    saya sendiri dah penat nak baca info iqd sebab ceritanya pusing2 sama jek x ada perbezaan,dah nak naik hafal ayat admin gunakan,cubalah kalau nak bagi info tu bagi buktinya sekali baru lah kita semua percaya..
    tunggu,tunggu,tunggu,insallah,insallah,muda2han,tu jek modal admin...apa pon x boleh saya pegang dinar iraq dah menimbun boleh buat isi debu buat bantal tido selebihnya boleh buat kapal terbang dan sampan kertas,tunggu2 x rv2 gak nak naik menyirap menunggu sabo jek lah..

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha...btl tu...ni dh 2016 dh weiii

    ReplyDelete
  7. Hahahahaha...btl tu...ni dh 2016 dh weiii

    ReplyDelete
  8. Hahaha da nak masuk 2017 dah ni weiii wei wei

    ReplyDelete
  9. Hahahahaaaa...rilek la,arap2 sbelum kiamat la RV tu smpai...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. rlek...da nk tiba masa ny dh ni...bila2 mase jer lg ni..hrp2 br ler cpt..insyaallah..

    ReplyDelete
  11. rlek...da nk tiba masa ny dh ni...bila2 mase jer lg ni..hrp2 br ler cpt..insyaallah..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Skrg dh 2018 dah...org kata dh hampir nk rv....hihihi

    ReplyDelete
  14. Dah nak raya wey 2018..lmbt lg nak rv

    ReplyDelete
  15. dah bulan 8 2018 dah geng. hahahaha .

    ReplyDelete
  16. last penutup segala RV bulan 10 @ 11 2018...

    ReplyDelete
  17. Dah Ogos 2019, masih cekal menunggu RV IQD.

    ReplyDelete
  18. Bilalah nak rv...dah tak larat nak tnggu dah wei

    ReplyDelete
  19. Wawasan rv MCM wawasan 2020 Tak jadi kenyataan....

    ReplyDelete