Friday, September 6, 2013

Lapangan minyak Garraf Petronas capai pengeluaran minyak pertama di Iraq




KUALA LUMPUR: Cabang operasi huluan Petronas di Iraq, Petronas Carigali Iraq Holding B.V., 
pada 31 Ogos memperoleh pengeluaran minyak pertamanya daripada lapangan minyak Garraf terletak di Wilayah Thi Qar Iraq. 

Petronas Carigali Iraq ialah pengendali lapangan minyak Garraf. Rakan kongsinya ialah Japan Petroleum Exploration Co Ltd dan North Oil Company, syarikat milik negara Iraq. 


"Sebagai satu daripada pelabur terbesar di Iraq, Petronas akan meneruskan usaha dan aktiviti pembangunan kami yang dirancang. Projek di Garraf menyediakan peluang untuk membangunkan keupayaan dan kepakaran kami di rantau Timur Tengah. 

"Persekitaran operasi mencabar dan kejayaan minyak pertama di lapangan minyak Garraf membantu mengukuhkan reputasi Petronas dalam industri sebagai pengendali berpengalaman dan berkeupayaan," kata Pengurus Negara Petronas Carigali Iraq Ikhlas Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini. 

Pengeluaran daripada lapangan minyak Garraf bermula pada kadar 35,000 tong minyak sehari (bpd) dan dijangka mencecah 230,000 bpd pada 2017. 

Setakat ini, 11 telaga, terdiri daripada dua telaga penilaian dan sembilan telaga pembangunan, telah digerudi dan kemudahan permukaan utama serta saluran paip juga dibina untuk menyediakan bagi kadar pengeluaran awal. 
Selain daripada lapangan minyak Garraf, Petronas Carigali juga berminat dalam lapangan minyak Halfaya Iraq yang dikendalikan oleh PetroChina serta lapangan minyak Majnoon dan Badra. 

- BERNAMA

Wednesday, September 4, 2013

Iraqi Airways sasar sejuta penumpang laluan Baghdad-KL



Iraqi Airways, syarikat penerbangan nasional Iraq, menyasar menerbangkan sejuta penumpang dalam tempoh setahun bagi laluan Baghdad-Kuala Lumpur. 

Ia susulan penyambungan semula operasinya ke Kuala Lumpur selepas terhenti selama 34 tahun. Pengarah Komersialnya, Kapten Badri Latif, berkata syarikat penerbangan itu menawarkan dua penerbangan seminggu bagi laluan itu pada Selasa dan Sabtu. 


Penerbangan itu akan mengambil masa lapan setengah jam menggunakan pesawat Boeing 777, katanya kepada media selepas majlis menyambut ketibaan penerbangan sulung ke Kuala Lumpur, di Sepang, semalam. 

Ada seramai 140 penumpang dalam penerbangan itu, kata Badri, sambil menambah faktor muatan bagi pesawat itu ialah 360 penumpang. 

“Bagi kami, bilangan penumpang itu menggalakkan untuk penerbangan pertama kerana kami sedar bahawa kebanyakan syarikat penerbangan lain berminat terbang ke Kuala Lumpur kerana mereka melihat Malaysia sebagai hab bagi Asia. Kami mahu merebut peluang ini,” katanya. 

Badri berkata, terdapat kira-kira 5,000 warga Iraq menetap di Malaysia dan Iraqi Airways melihat peluang itu bukan hanya daripada mereka tetapi juga peluang lain khususnya dari segi aktiviti pelancongan dan perniagaan kedua-dua negara. 
“Ada tiga syarikat Malaysia yang menjalankan projek di Iraq, satu daripadanya ialah PETRONAS,” katanya. 

BERNAMA

Tuesday, April 10, 2012

Gempar? Dinar Iraq bakal diapungkan IQD1=USD1.134

Benarkah bahawa dalam perancangan kerajaan Iraq, mereka inginkan apungkan nilai 1 dinar bersamaan dengan 1.134 USD atau 1 dinar bersamaan RM 3.402 duit kita. Ya sememangnya berita itu benar. Boleh lihat dalam website Kementerian Perancangan Iraq, http://www.mop.gov.iq/mop/index.jsp?sid=1&amp%3Bid=308&amp%3Bpid=295&amp%3BIng=en&amp%3Blng=en. Menurut Kementrian perancangan Iraq, nilai pengapungan sebanyak 1 dinar bersamaan 1.134 USD akan dikekalkan selama 3 tahun sebelum disemak semula oleh pihak yang mempunyai autoriti. Moga-moga perancangan ini dibuat dalam masa terdekat, insyaALLAH

Rizab minyak Iraq adalah yang kedua terbesar di dunia. Takkanlah selamanya Iraq nak jual minyak mereka dgn harga murah?Logiknya..kita tengok kuwait sekarang. Kini,Anda percaya atau tidak? Bahawa kerja tukang kebun di Kuwait, gaji mereka dalam lingkungan KWD1000 = RM11,000 sebulan. Kalah gaji guru besar dan pegawai PTD di Malaysia. Ya lah..Apa tidaknya.. kalau gaji mereka KWD1000 dinar. Bawa ke Malaysia dan tukar di money changer, boleh dpt RM 11,000. Maknanya jika kita kerja 10 tahun di Kuwait, balik Malaysia dah boleh jadi jutawan. Itu belum lagi kira kalau kerja gaji Engineer,Akauntan di sana. 
Itu di Kuwait, jiran Iraq, yang sumber minyaknya jauh lebih kecil daripada Iraq. Tak kan lah Iraq tak mampu untuk berdiri sama tinggi dengan negara jiran mereka. Pastinya matawang Iraq akn naik juga suatu hari nanti, insyaALLAH..

Flashback..Sebelum perang Dinar Iraq pernah mencecah nilai 1 IQD bersamaan dengan 3.2 USD, kira-kira RM 6.40 duit kita. Adakah ia akan kembali kepada nilai itu?Kita mengharapkan setinggi itu..Cukuplah kalau separuh dari itu..Menepati ramalan dari Kementerian Perancangan Iraq, jika diapungkan nanti 1 Dinar bersamaan USD1.134 atau bersamaan RM3.402.

Harga minyak dunia semakin naik ketika ini. Satu kesan positif buat negara Iraq. Mungkin ramai tak tahu bahawa Iraq merupakan negara terbesar memiliki simpanan minyak dunia. Ketika ini adalah Arab Saudi dan minyak Arab Saudi akan habis dalam masa 14 tahun lagi, berbanding dengan Iraq yang akan habis 40 tahun lagi. Sebagai antara sebuah negara kaya dengan minyak, takkanlah matawang mereka serendah matawang negara miskin Afrika yang lain.Contoh negara Lesotho di Afrika, LSL7.836 Lothi =USD1


Jadi rv tetap rv, insyaALLAH.
Bersabarlah. Sekurang-kurang kita alami satu perasaan, satu perasaan apabila sesuatu matawang itu diapungkan berbandingkan dengan orang lain yang tidak memiliki Dinar Iraq yang langsung tidak menikmati perasaan itu.

P/S: Kita tak berpeluang untuk bekerja di Kuwait..Alternatif? Milikilah & Simpanlah Dinar Iraq..

Thursday, December 15, 2011

AS akhiri misi di IRAQ : PETANDA IRAQ AKAN DIAPUNGKAN BILA-BILA MASA SAJA..

 
 PANGLIMA pasukan tentera Amerika di Iraq, Leftenen Jeneral Lyod Austin melipat bendera pasukan itu pada upacara menandakan berakhirnya misi tentera Amerika di Pangkalan Udara Sather, semalam. - Foto Reuters

BAGHDAD: Selepas hampir sembilan tahun, sekurang-kurangnya 4,500 rakyat Amerika Syarikat maut, 32,000 cedera dan lebih USD$800 Bilion dibelanjakan, kata pihak berkuasa negara itu yang secara rasmi bersiap sedia untuk menamatkan misinya di Iraq.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta tiba di negara itu semalam bagi menyertai satu majlis simbolik di mana bendera tentera Amerika Syarikat-Iraq secara rasmi diturunkan, mengikut tradisi tentera.
Ketika singgah di Afghanistan minggu ini, Panetta berkata bahawa Amerika Syarikat boleh berbangga dengan misi mereka yang tamat di Iraq sambil menyifatkan kos bagi membiayai perang terbabit memang berbaloi.
“Kita menumpahkan banyak darah di sana. Ia bertujuan mencapai satu misi menjadikan negara berdaulat dan bebas dan mampu untuk memerintah dan mengawal keselamatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata ia adalah satu sumbangan kepada semua pihak yang berjuang dalam perang demi mencapai misi yang diinginkan.

Panetta mengulangi janji Presiden Barack Obama bahawa Amerika merancang untuk meneruskan kehadiran diplomatik di Iraq, memupuk hubungan yang mendalam dan berkekalan. – AP

P/S: Hanya jika anda telah memiliki Dinar Iraq di tangan, maka anda tak perlu risau kerana masa RV akan tiba juga.
Lebih baik menanti RV dalam keadaan Dinar sudah berada di tangan dari menanti dengan tangan kosong..